Text
Covid-19 dan Realiti Baharu Organisasi dan Manusia
COVID-19 merupakan pandemik pada suku pertama abad ke-21 yang mengegarkan dunia. Seluruh penduduk dari serata benua terlibat dan terkesan dengannya. Pelbagai usaha dibuat untuk membendung virus ini daripada terus merebak. Virus ini disahkan menjangkiti Malaysia pada bulan Januari 2020. Buku ini dihasilkan rentetan dari COVID-19 yang menjadi pandemic dan meninggalkan kesan yang besar pada seluruh aspek kehidupan dan tamadun manusia. Buku ini adalah himpunan sudut pandangan, citra serta perspektif cendiakawan dalam bidang kepakaran masing-masing. Diharap perkongsian ini mampu mencetus daya fikir minda serta membuka gerak bersesuaian untuk membuat refleksi dan taakulan kepada ujian Tuhan buat semua manusia ini. Virus ini menguji manusia bagi mencari cara mengurus dan menangani isu yang timbul darinya secara yang berkesan dan terbaik. Kehadiran virus ini mengundang pelbagai persoalan berkaitan dengan tatacara, prosedur, gaya serta tingkah laku untuk manusia beradabtasi dengan norma baharu yang wujud. Implikasi virus ini kepada individu, pekerja dan organisasi dalam bidang amalan sumber manusia, kaunseling, psikologi, falsafah, minda, pembelajaran dan aktiviti kemanusiaan menjadi fokus utama perbincangan dalam buku ini. Diharap pembaca mendapat manfaat yang besar.
HD20240001 | HD 155.24 AHM c | My Library | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain